Menara
Aqabah merupakan pejabat pentadbiran baru bagi Majlis Perbandaran Pasir
Gudang. Menara in yang terletak di Pusat Bandar Pasir Gudang memberi
kemudahan kepada penduduk Pasir Gudang untuk berurusan seperti
pembayaran cukai harta, sewa, pembaharuan lesen dan sebagainya. Ia
mengandungi 21 tingkat termasuk anjung tinjau untuk melihat sekitar
Pasir Gudang dari pandangan atas.
Pasir Layar (Beach For Sailors)
Lokasi
tetap bagi penganjuran Kejohanan Perahu Layar Terbuka Johor bermula
pada tahun 2003 dengan menghimpunkan lebih daripada 100 orang pelayar
dari dalam dan luar negara. Pada tahun 2006, pantai buatan ini telah
dinamakan sebagai ‘Pasir Layar’ oleh Presiden Persatuan Pelayaran Johor /
Malaysia iaitu YBhg Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim yang merujuk
pantai tersebut sebagai lokasi bagi semua aktiviti pelayaran di Pasir
Gudang dan negeri Johor (Beach for Sailors).
Stadium Perbadanan Pasir Gudang
Pelbagai
acara sukan dalaman diadakan di stadium ini seperti Kerom, Futsal,
Sepaktakraw, Bola Tampar, Badminton dan lain-lain. Selain daripada
tempat menganjurkan sukan dalaman, stadium ini turut menyediakan
kemudahan hostel yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang selesa.
Seni Johor
Keunikan
dan kehalusan seni Melayu Islam yang ditonjolkan melalui penghasilan
produk seramik ini menjadi salah satu kebanggaan Pasir Gudang dan negeri
Johor. Produk buatan tangan ini menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai
cenderahati dan kenangan apabila berkunjung ke Pasir Gudang.
Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang
Kompleks
terbesar di Pasir Gudang ini menjadi tumpuan orang ramai bagi mencari
pelbagai keperluan. Ianya turut menempatkan pejabat Majlis Perbandaran
Pasir Gudang, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Pendaftaran Negara. Di
antara kemudahan lain yang terdapat di kompleks ini ialah Perpustakaan
Awam Pasir Gudang, Masjid An Nur Pasir Gudang, Terminal Bas dan Hentian
Teksi Pasir Gudang, Pejabat Pesuruhjaya Sumpah, ruang membeli belah,
gerai makanan, restoran makanan segera serta butik kecantikan.
Tanjung Puteri Golf Resort
Dengan
keluasan 833 ekar, Tanjung Puteri Golf & Country Resort merupakan
salah satu daripada resort golf yang terbesar dan paling berprestij di
negara ini dengan dilengkapi kemudahan rekreasi, penginapan dan hotel.
Dengan memiliki padang 18 lubang, resort ini turut dilengkapi dengan 20
bilik tetamu, 34 villa 2 tingkat, 7 bilik mesyuarat serta kemudahan
rekreasi yang lain.
Taman Pertanian Kong Kong
Rasai
kedamaian dan keharmonian di Taman Pertanian Johor yang terletak jauh
dari kesibukan kota. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik
penginapan, dewan makan dan bilik seminar yang menjadikan Taman
Pertanian berkonsepkan ’ladang rekreasi’ ini sesuai bagi pelbagai
aktiviti riadah dan rekreasi sama ada bagi individu, bersama keluarga
mahupun organisasi.
Kampung Pasir Putih
Kampung
Pasir Putih menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin menjamu selera
hidangan makanan laut dari pelbagai resipi dan masakan. Sambil menikmati
pemandangan tepian Selat Tebrau dan Singapura, pengunjung bebas memilih
pelbagai resipi masakan timur atau barat yang disediakan.
Kampung Perigi Acheh
Perkampungan
ini masih menyimpan kemas pelbagai cerita dan sejarah kedatangan orang
Acheh ke Tanah Melayu. Keharmonian suasana kampung, kehijauan hutan
bakaunya serta keramahan penduduknya sentiasa menanti kunjungan mereka
yang ingin merasai ciri-ciri tradisional dan budaya masyarakat Melayu
yang masih kekal hingga ke hari ini.
Kampung Tanjung Langsat
Sebuah
lagi perkampungan tradisional yang masih terdapat di Pasir Gudang.
Kampung Tanjung Langsat menjadi lokasi pilihan bagi mereka yang ingin
menjamu selera hidangan makanan laut. Terletak di muara Sungai Johor,
ianya juga menjadi tumpuan para pemancing yang ingin memburu siakap,
kerapu atau pari sama ada di kelong, jeti atau dengan menyewa bot yang
disediakan.
AKTIVITI SARANG BUAYA | | | | |
Memberi buaya makan |
Hanya untuk hujung minggu dan kelepasan am | Masa |
10.30am |
12.00pm |
2.00pm |
4.00pm |
| |
|
Bergambar bersama anak buaya |
Sesi | Masa |
1 | 10.00am – 1.00pm |
2 | 2.45pm – 4.45pm |
| |
|
| | |
| | | |
|
GAMBAR AKTIVITI SARANG BUAYA |
| | |
| | |
|
Sumber:Portal rasmi majlis Perbandaran Pasir Gudang
MAKANAN
Ianya merupakan makanan / minuman terfemes di Johor! Rugi kalau tak cuba!
*ABC Kampung Melayu
*Yong Taufu Kampung Melayu
*Mee Rebus Stulang Laut
*Mee Rebus Haji Wahid
*Mee Rebus Lan Janggut
*Satey Wak Radol
*Satey Taman Molek
*Satey Muo
*Otak-otak Kempas
*Keropok Lekor Mersing
*Bubur Nasi No. 1 Taman Sentosa
*Khatira Abu Bakar
*Siakap 3 Rasa Senibong
*Siakap Steam Asam Sayam Stulang
*Sup Tulang ZZ
*Kebab & Kimah Pakistan Pasar Borong Pandan
*Nasi Ayam Penyet Benafe
*Nasi Ayam Penyet LC Catering
*Steambot Dataran
*Steambot RAWA
*Asam Pedas Padang Tembak Kluang
*Chicken Chop Hutan Bandar
*Mee Racun Batu Pahat
*Sambal Belangkas Mahkota Kota Tinggi
*Ikan Bakar Sabak Awor Muar
*Botok-botok Muar
*Mee Bandung Muar
*Mee Sanggul/Mee Siput Muar
*Briyani Gam Batu Pahat
*Murtabak Larkin
*Kacang Pool Larkin Bomba
*Nasi Ambang Mat Corner BBU
*Asam Pedas Botak Lumba Kuda/Blue Wave
*Sup Air Tawar 5 Kota Tinggi
*Nasi Lemak Wak Kentot Kulai
*Sup Merah Tmn U
*Nasi Ujang Kluang
*Mak Jah Bakso Bandar Penawar
*Mee Udang Tjg Langsat
*Asam Pedas Parit Jawa
*Satey Traffic Light Tmn Yayasan Segamat
*Putu Bambu Air Hitam
*New Bandung Odeon Batu Pahat
*Gado-gado Warong Saga
*Chicken Chop Hua Mui
*Chicken Chop It Roo
*Roti Banjir Azmi Corner
*Otak2 Jln Storey
*Baby Crab/Sotong Bazar/Sotong Kangkung/Ice Jelly Tepian Tebrau
*Nasi Padang Lido
*Asam Pedas Kolam Pak Akob Senibong
*Ayam Penyet Pasir Putih
*Ikan Goreng Rahmat Pasir Gudang
*Briyani Mohd Shah, Benteng, Batu Pahat
*Durian Goreng Larkin
*Nasi Lemak Berlauk Senibong
*Burger Bakar No. 1 Bukit Indah
*Roti Bai Jalan Dhoby
*Tapai Ubi Felda Waha
BOOKING D Iris Homestay?
sms/wassup:
nama penuh<jarak>alamat penuh<jarak>ic no<jarak>tarikh bermalam ke 019-7553176/019-7293176