TAKAFUL VS INSURANS KONVENSIONAL

TAKAFUL VS INSURANCE CONVENSIONAL

Masih ramai tertanyer tanyer dan keliru antara insurance dan takaful...

Mari saya jelaskan perbezaan antara takaful dan insurance. Perbezaananyer adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan.Urusniaga takaful hanyer dibenarkan untuk melabur dana  yang diterima daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan SYARIAH. Dalam penjaminan pula, yang menjamin peserta peserta takaful adalah peserta takaful itu sendiri dimana segala bayaran tuntutan yang dikeluarkan daripada tabung yang terkumpul, syarikat takaful hanya sebagai pengusaha tabung wang peserta takaful.

Yang berbeza dengan syarikat convensional adalah syarikat itu sendiri yang menjamin peserta insurans.

TAKAFUL


  1. Pematuhan hukum syarak. 
  2. Kontrak urusniaga berdasarkan akad tabarru, mudharabah dan wakalah.
  3. Pengendali takaful adalah pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta. 
  4. Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabarru.
  5. Bebas dari riba, gharar, dan maisir
  6. Ada majlis pengawasan syariah
  7. Keuntungan akan dikongsi di antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada mudharabah atau yuran prestasi pelaburan.
 
INSURANCE CONVENSIONAL
  1. Tidak mematuhi hukum syarak
  2. Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad jual beli.
  3. Syarikat insurance merupakan pemilik tabung dan menjadi penjamin kepada peserta.
  4. Syarikat menjamin peserta berdasarkan kepada faktor komersial
  5. Banyak unsur riba, gharar dan maisir.
  6. Tiada majlis pengawasan syariah
  7. Keuntungan diagih mengikut keputusan syarikat.

Definisi
Tabarru' : menderma atau memberi hakmilik secara percuma.Dalam operasi takaful, peserta mestilah berniat ikhlas menyumbang  (tabarru ) sebahagian tertentu dari sumbangan atau caruman bagi membantu peserta lain.

Mudharabah: kontrak perkongsian yang mana modal daripada satu pihak dan usaha daripada pihak yang lain. Mudharabah merupakan salah satu kontrak  yang digunapakai dalam takafful yang melibatkan pengudaha dan pemodal.

Gharar: Terdapat 3 jenis gharar (ketidakpastian)...gharar fahisy- banyak, yasir - sedikit dan mutawassit - sederhana. Sesuatu akad itu hendaklah jelas tentang sesuatu perkara yang diakadkan.

Maisir: Mendapat sesuatu dengan cara mudah/judi. atau mendapat keuntungan tanpa mengusahakannya.

Riba: pertambahan atau menambahkan.Tabari, riba yang biasa berjalan sewaktu zaman jahilliah. Islam mengharamkan peminjaman wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan demi melindungi kepentingan golongan yang kurang kemampuan.

Kepada sapa yang nak tahu detail... bolehlah wassup saya...polisi anda dgn lebih detail wassup/call: 0197553176/hasma
Sumber: Asas Takaful/Islamic Bankingand Finance Institute Malaysia



0 comments: