Produk Anugerah


Kenapa saya suka dan jatuh cinta dengan produk ANUGERAH?

Ini kerana produk ANUGERAH  menggabungkan herba-herba tradisional dan kaedah rawatan Islam untuk menghilangkan beban kesakitan dan memperbaiki kualiti hidup,mudah mudahan diberkati, Insya-Allah.

Di bawah ini adalah antara produk ANUGERAH yang anda semua perlukan!



Inginkan wajah yang berseri dan kelihatan muda?
- Mahu memulihkan kesihatan tubuh badan selepas bersalin?
- Masih mencari pati ikan haruan yang sedap dan tidak hanyir?


Pati ikan haruan telah diketahui mempunyai khasiat dan manfaat yang unik dan telah diamalkan sejak turun temurun untuk merawat luka dalaman terutama kepada wanita selepas bersalin. Ia juga boleh membantu menghilangkan parut dan mengurangkan masalah sakit perut.

Kini, ia didatangkan bersama dengan herba-herba tradisional yang mujarab seperti madu, rumpai laut dan kulit kayu manis untuk menghasilkan rasa yang sedap dan tidak berbau hanyir.

Haruan King Anugerah adalah minuman kesihatan yang baik untuk kesihatan dan juga untuk kecantikan wajah.

Ramuan:

Ekstrak haruan, madu, rumpai laut dan serbuk kayu manis

Manfaat:

Haruan King Anugerah baik untuk:

- mencantikkan kulit dan mengurangkan kedutan wajah.
- merawat luka-luka biasa.
- memperbaiki kesihatan rahim selepas melahirkan anak.
- membantu membuang angin dan menambahkan tenaga.
- dibacakan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa syifa'

Cara guna:

Minum sebotol setiap pagi dan malam. Tidak digalakkan untuk wanita yang mengandung. Haruan King Anugerah adalah minuman persiapan tradisional.




  Inginkan wajah yang berseri dan kelihatan muda?

- Mahu mengekalkan kelembapan kulit untuk mengelakkan kulit kering dan mengelupas?

- Masih mencari krim pelembap muka yang sesuai untuk kulit anda tanpa kesan sampingan?

Dapatkan krim pelembap muka Penaik Seri 24 Moist Anugerah sekarang dari pengedar dan stokis Anugerah yang berdekatan dengan anda.


Dapatkan kulit yang cerah, berseri dan tampak muda sepanjang hari dengan krim pelembap muka Penaik Seri 24 Moist Anugerah.

Atasi masalah kulit mengelupas, kering, berminyak dan tak bermaya dengan krim pelembap muka Penaik Seri 24 Moist Anugerah. Ia membersih, menghidrat dan melembapkan kulit anda agar anda kelihatan berseri dan kelihatan muda dari pagi sehingga malam.

Dengan ekstrak daun lidah buaya dan pelembap inovatif Palmitoy Tripeptida -5, ia membantu mempercepatkan pemulihan sel-sel kulit dan merangsang penghasilan kolagen untuk menjadikan kulit tampak muda, segar dan bermaya sepanjang hari.

Penaik Seri 24 Moist Anugerah juga didoakan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa untuk menaikkan seri wajah agar anda disenangi dan disayangi ramai dengan izin Allah Taala.

Kaedah penggunaan:

Calitkan sedikit pada kawasan zon-T (pipi, dahi dan dagu) dan ratakan. Elakkan krim daripada terkena mata.

Sesuai untuk semua kulit








Pil Kunyit Anugerah membantu meningkatkan kesihatan anda melalui penawarnya yang ada pada pigmen kuning kunyit yang bernama curcumin. Ekstrak curcumin di dalam Pil Kunyit Anugerah:

- Membantu menguatkan sistem imunisasi badan daripada serangan penyakit.

- Bertindak sebagai bahan penyembuh terbaik di dunia yang telah dibuktikan melalui lebih dari 3000 kajian saintis tentang kunyit di seluruh dunia.

- Setiap 1 biji pil ekstrak curcumin bersamaan dengan 20 sudu teh kunyit.

- Meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca berlakunya penyakit.

- Mampu mengurangkan bengkak, bisa dan lenguh badan dengan berkesan.

 atu-satunya Rempah Yang Boleh Melindungi dan Menghalang Penyakit Dengan Berkesan.

Kunyit adalah salah satu rempah yang biasa digunakan terutamanya di dalam masakan dan sebagai jamu. Di dalam perubatan tradisional Melayu, kunyit adalah herba utama yang digunakan di dalam proses merawat kerana mempunyai kesan penyembuhan yang paling mujarab.

Namun begitu, kunyit yang diekstrak tidak dipiawaikan penggunaannya untuk kegunaan komersial. Sekiranya ia dipiawaikan, ia tidak dipiawaikan dengan cara yang betul.

Pil Kunyit Anugerah adalah ramuan ekstrak kunyit yang telah diekstrak dan dipiawaikan 100% untuk kesihatan yang optimum.

Ia juga menggabungkan khasiat teh hijau untuk melengkapkan tindakan menyembuh dan menghalang penyakit.

Pil Kunyit Anugerah digunakan secara tradisional untuk:

• melegakan sakit sendi dan otot
• mengurangkan bengkak akibat kecederaan
• menguatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit
• mencantikkan dan menyihatkan kulit
• membantu mendapatkan bentuk badan yang langsing dan cantik

Kenapa Pil Kunyit Anugerah lebih baik berbanding kunyit biasa?

- Khasiat kunyit 20 kali lebih baik berbanding kunyit biasa.
Bahan aktif penyembuh kunyit iaitu curcumin telah diekstrak dan dipiawai 100%, jadi khasiatnya lebih baik berbanding kunyit biasa yang tidak diekstrak.

- Kadar penyerapan curcumin yang lebih baik di dalam badan
Curcumin adalah bahan aktif warna kuning kunyit yang berperanan untuk menyembuh. Kesan penyembuhan akan lebih berkesan kerana anda tidak perlu mengambil banyak dos untuk mendapatkan kesan positifnya.

- Bersifat menyembuh dan menghalang penyakit
Gabungan kunyit dan teh hijau sesuai untuk mereka yang sihat yang mahu kesihatan yang optimum dan untuk mengurangkan sakit sendi dan bengkak.

- Mencantikkan kulit dari dalam
Khasiat kunyit yang bersifat antioksidan mampu untuk menjadikan kulit anda dan menjadikan anda awet muda dengan pengamalan yang konsisten.

- Dibacakan dengan doa-doa pilihan untuk keberkatan
Anda boleh mendapat manfaat perubatan Islam melalui Pil Kunyit Anugerah yang ditenagakan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa pilihan.

Walaupun Pil Kunyit Anugerah ini bermanfaat untuk semua, namun ianya tidak sesuai untuk golongan-golongan ini:

• wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak.
• pesakit batu karang
• pesakit yang mengambil aspirin dan ubat penahan sakit. Mungkin juga bereaksi dengan supplemen yang mengurangkan pembekuan darah seperti gingko biloba, ginseng dan bawang putih.
• mereka yang akan menjalani pembedahan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan.

Kandungan:

Ada 30 biji kapsul dalam setiap botol. Kapsul diperbuat daripada gelatin berasaskan tumbuhan dan halal.

Cara makan: Boleh ambil 1 biji selepas makan.

Diluluskan oleh Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM (MAL20002629TC)

FAQ:

S: Bolehkan saya ambil Pil Kunyit Anugerah sekiranya saya sakit pinggang?
J: Ya, boleh. Ini kerana Pil Kunyit Anugerah adalah dalam bentuk ekstrak dan tidak mengganggu hati dan buah pinggang. Sebenarnya, dengan mengambil kunyit, ia membantu proses detoksifikasi dengan lebih berkesan.

Kebanyakan orang yang sakit pinggang akan selalu mengalami sakit belakang. Jika masalah ini berlaku disebabkan keradangan pada otot, maka Pil Kunyit Anugerah boleh membantu.

S: Saya menghidap sakit sendi. Bolehkah saya ambil Pil Kunyit Anugerah?
J: Ya, boleh diambil tapi cuma ia boleh mengurangkan bengkak sahaja. Asid urik masih belum dapat dikeluarkan.

S: Bolehkah Pil Kunyit Anugerah boleh mengimbangi paras gula di dalam darah?
J: Ya, Pil Kunyit Anugerah boleh mengimbangi paras gula di dalam darah. Terdapat banyak kajian yang dijalankan mendapati kunyit mampu mengimbangi paras gula di dalam darah. 



Inginkan wajah yang berseri dan kelihatan muda?

- Mahu meningkatkan kesihatan dalaman?

- Masih mencari sarang burung yang halal dengan harga yang berpatutan?



Tingkatkan kesihatan anda dengan sarang burung walit dari Walit King Anugerah. Tanpa bau hanyir, sedap dan tanpa perlu bayar ratusan ringgit.

Sarang burung walit adalah satu makanan yang mempunyai nilai pemakanan dan manfaat kesihatan yang terbaik. Namun, oleh kerana kos penghasilan yang tinggi serta status halal yang diragui, pengguna agak sukar untuk mencari sarang burung walit yang halal dan selamat.

Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh mendapatkan khasiat sarang burung walit yang halal serta mudah dimiliki.

Walit King Anugerah adalah minuman kesihatan yang mengandungi sarang burung walit dan kelapa pandan. Rasanya sedap dan boleh diminum pada bila-bila masa.


Khasiat Walit King Anugerah baik untuk:
  • - perokok yang mahu mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin, menghilangkan batuk dan mencairkan kahak.
  • - wanita yang inginkan kulit yang cantik, berseri dan awet muda.
  • - wanita hamil untuk membantu mengurangkan sakit pada punggung dan dapat mempercepatkan proses penyembuhan setelah melahirkan anak.
  • - kanak-kanak yang inginkan zat tambahan untuk tumbesaran, meningkatkan selera makan dan mengelakkan demam.
  • - warga emas yang ingin meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.
Kaedah penggunaan:

Boleh diminum pada bila-bila masa. Sedap diminum ketika sejuk. Habiskan selepas dibuka.





AIR ANUGERAH




Air Anugerah adalah air yang bersifat alkali dan dirugyah dengan 30 juzuk Al-Quran serta doa-doa pilihan untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda. Insya-Allah.

Dapatkan Air Anugerah sekarang dari pengedar dan stokis yang berhampiran anda sekarang dan anda akan mendapat manfaat seperti:

- penyakit luaran dan dalaman anda semakin pulih

- badan semakin bertenaga dan bersemangat

- sentiasa terhidrat dan cukup air untuk keperluan badan

- kandungan asid berlebihan di dalam badan berkurangan

- menguatkan sistem pertahanan badan dari serangan penyakit



Sembuhkan sakit luaran dan dalaman dengan kehebatan air beralkali dari Air Anugerah.

Air Anugerah adalah air yang bersifat alkali yang menggabungkan kehebatan sains dan perubatan Islam untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda.


Kelebihan Air Anugerah:

• meneutralkan kandungan asid berlebihan dalam badan.
• menyahkan sisa toksin dari dalam badan.
• menghidrat supaya tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air.
• menguatkan sistem pertahanan badan dari serangan penyakit.
• ejen antioksidan yang terbaik.

Cadangan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa Anugerah untuk kesihatan, penjagaan diri dan apa-apa hajat yang diingini:

• Surah al-Faatihah untuk menyembuh keracunan • Surah al-Syarh untuk menghilangkan kesulitan dan bebanan
• Surah al-Qadr untuk membuka minda, hati dan menerangkan mata • Surah al-Kafirun untuk menghindari gangguan jin dan syaitan
• Surah al-Ikhlas untuk menjauhi dari pandangan manusia yang berniat jahat • Surah al-Falaq untuk menyembuh penyakit siang dan malam
• Surah al-Isra’ ayat 28 untuk pendinding dan pembimbing • Surah at-Taubah ayat 128 untuk menghilangkan kesakitan
• Ayat Kursi untuk menghindar gangguan jin dan syaitan • Surah al-Baqarah untuk keselamatan dari malapetaka yang tidak dijangka
• Surah al-Isra’ untuk penawar segala jenis kesakitan • Surah as-Saaffaat untuk mendapat kesihatan tubuh badan
• Surah A-li’imraan untuk kesihatan dan pelindung dari ganguan jin dan syaitan • Ayat-ayat Ruqyah
• Bacaan istighfar untuk pengampunan dan penyembuh rohani dan jasmani • Bacaan doa penyembuh angin ahmar
• Bacaan doa khatamul Quran untuk penyembuh penyakit rohani dan jasmani • Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah • Ayat penawar dan pembatal sihir dan pukau
• Doa menghindari ganguan syaitan • Ayat pendamai
• Ayat pelembut hati • Doa pengasih
• Doa pelaris perniagaan • Doa penyejuk hati
• Doa menghindar gangguan semasa tidur • Doa pendinding
• Doa penerang hati

Dapatkan Air Anugerah sekarang dan anda mendapat manfaat seperti:
• penyakit luaran dan dalaman semakin pulih
• wajah semakin ceria dan berseri
• hati menjadi lunak dan mudah menerima perkara yang baik
• badan semakin bertenaga dan bersemangat
• rumahtangga semakin harmoni dan gembira
• terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
• hati semakin lembut dan mudah menerima nasihat (untuk kanak-kanak)
• daya ingatan semakin kuat dan cerdas
• mudah untuk melahirkan anak (untuk wanita hamil)

Kandungan Air Anugerah:

• Punca air : Bekalan air paip yang dirawat (SYABAS). No kelulusan KKM163 (52/W/11)

Kaedah penggunaan
Baca Bismillah dan selawat 3 kali sebelum minum.Kemudian lafazkan niat dalam hati. Boleh disapu pada muka dan kepala. Pastikan Air Anugerah tidak dilangkah.
















 SET KEPERLUAN IBU SELEPAS BERSALIN


 BARUT BAYI ANUGERAH

Adakah anda mahu bayi anda tidur lena?
- Mahu mengelakkan bayi anda daripada perut kembung dan angin pasang?

- Mencari barut bayi yang sesuai dipakai oleh bayi anda?


Biarkan bayi anda tidur dengan lena dan selesa dengan Barut Bayi Anugerah.


Barut bayi Anugerah diperbuat daripada kain kapas yang ringan dan tidak panas untuk memberikan keselesaan kepada bayi anda.

Manfaat Barut Bayi Anugerah: 

- mengelakkan bayi dari terkena radang kulit, perut kembung dan angin pasang.
- memudahkan bayi tidur lena.

Cara Penggunaan:

  1. - Boleh diguna selepas hari kelahiran bayi.
  2. - Sapu Minyak Telon Anugerah terlebih dahulu sebelum memakaikan barut pada bayi. 

Kandungan Barut Bayi Anugerah:

• Diperbuat daripada kain belacu


 

 BENGKUNG BERSALIN ANUGERAH

 Adakah anda mahu merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung setelah bersalin?

- Mahu mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal selepas berpantang?

- Mencari bengkung yang mudah dan selesa dipakai untuk kembali langsing?


Dapatkan Bengkung Ibu Anugerah dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.

Dapatkan bentuk badan yang langsing setelah bersalin dengan Bengkung Bersalin Anugerah.


Bengkung Bersalin Anugerah diperbuat daripada kain belacu yang tahan lasak, tidak luntur warna serta direka khusus untuk memberikan sokongan 360 darjah kepada badan ibu.

Gunakan secara konsisten untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Manfaat Bengkung Bersalin Anugerah: 

- mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin.
- mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
- menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
- menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
- menghalang peranakan daripada 'turun'.

Cara Penggunaan*:

  1. - Boleh mula dipakai pada hari ke-3 berpantang dengan minimum pemakaian selama 8 jam sehari.
  2. - Sapukan Losyen Sejuta Khasiat sebelum memakai bengkung untuk mendapatkan kesan pelangsingan badan yang terbaik.
  3. - Pastikan anda berada berdiri sebelum memakai bengkung.
  4. - Mula balut dari aras pinggul belakang, pastikan setiap balutan dan silangan menghala ke arah depan badan, ikat secara biasa tanpa terlalu ketat hingga ke bahagian bawah payu dara.
  5. - Setelah itu, ikat dengan ketat dan kemas untuk mengelakkan punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak.
  6. - Akhiri ikatan silang dengan menyelitkan kain bengkung di celah-celah lipatan yang bersesuaian.
  7. - Untuk membuka ikatan bengkung, hanya tarik ikatan terakhir yang dimasukkan pada celah lipatan ikatan.
  8. - Sekiranya rasa pening atau hendak pitam, longgarkan atau leraikan sedikit ikatan bengkung.
  9. - Bengkung boleh dicuci dengan cucian tangan, dibasuh dengan pencuci biasa dan dikeringkan melalui tiupan angin.
  10. - Jangan pakai ketika bengkung basah untuk mengelakkan kerengsaan kulit 

Kandungan Bengkung Bersalin Anugerah:

• Diperbuat daripada kain belacu

*Untuk maklumat lanjut tentang cara-cara pemakaian bengkung untuk ibu bersalin ini, sila rujuk DVD tutorial yang dilampirkan secara percuma untuk setiap pembelian Set Bersalin Anugerah.



HARUAN KING ANUGERAH
 Inginkan wajah yang berseri dan kelihatan muda?
- Mahu memulihkan kesihatan tubuh badan selepas bersalin?
- Masih mencari pati ikan haruan yang sedap dan tidak hanyir?


Pati ikan haruan telah diketahui mempunyai khasiat dan manfaat yang unik dan telah diamalkan sejak turun temurun untuk merawat luka dalaman terutama kepada wanita selepas bersalin. Ia juga boleh membantu menghilangkan parut dan mengurangkan masalah sakit perut.

Kini, ia didatangkan bersama dengan herba-herba tradisional yang mujarab seperti madu, rumpai laut dan kulit kayu manis untuk menghasilkan rasa yang sedap dan tidak berbau hanyir.

Haruan King Anugerah adalah minuman kesihatan yang baik untuk kesihatan dan juga untuk kecantikan wajah.

Ramuan:

Ekstrak haruan, madu, rumpai laut dan serbuk kayu manis

Manfaat:

Haruan King Anugerah baik untuk:

- mencantikkan kulit dan mengurangkan kedutan wajah.
- merawat luka-luka biasa.
- memperbaiki kesihatan rahim selepas melahirkan anak.
- membantu membuang angin dan menambahkan tenaga.
- dibacakan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa syifa'

Cara guna:

Minum sebotol setiap pagi dan malam. Tidak digalakkan untuk wanita yang mengandung. Haruan King Anugerah adalah minuman persiapan tradisional.


 HERBA TANGAS ANUGERAH

 Anda mahu bertangas dengan cara yang mudah dan selamat?

- Mahu kembali cantik selepas bersalin?

- Inginkan kesihatan yang berpanjangan daripada masalah kesihatan wanita?


Bertangas untuk memulihkan dara dengan Herba Tangas Anugerah.


Bertangas baik untuk mengeluarkan peluh dan racun daripada badan. Ini penting untuk membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Anda juga terhindar daripada masalah keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan prolaps. 

Herba Tangas Anugerah membantu anda merapatkan kembali saluran sulit dan rahim melalui tindakan haba yang dinamakan bertangas. Ia diperkaya dengan herba-herba tradisional seperti halba, serai, daun limau purut dan temukunci yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kejelitaan wanita yang bersalin. 

Ia juga membantu:

- membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
- mengecutkan dan mengetatkan rahim.
- menghindari masalah keputihan dan mengeluarkan toksin daripada badan.
- dihasilkan daripada halba, serai, daun limau purut dan temukunci.


Kandungan Herba Tangas Anugerah:

• Halia
• Serai
• Daun limau purut
• Temulawak

Cara menggunakan Herba Tangas Anugerah:

1. Rebus satu pek Herba Tangas Anugerah di dalam air sehingga mendidih. Kemudian, masukkan air rebusan tadi ke dalam baldi kecil.
2. Wapkan bahagian badan yang luka selama 20 minit. Gunakan kain selubung seperti kain batik untuk menutup bahagian atas pinggang sehingga ke bawah kaki untuk memastikan wap terkumpul dengan secukupnya.
3. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, bertangas dengan selang 2 atau 3 hari sehingga habis tempoh berpantang iaitu 44 hari.



 MANDIAN SAUNA HERBA ANUGERAH



- Ingin mendapatkan bentuk badan yang diingini selepas bersalin?

- Mahu melegakan sakit-sakit badan?

- Ingin kembali cergas dan bertenaga selepas bersalin?


Kembali cergas dan menawan selepas bersalin dengan Mandian Sauna Herba Anugerah.


Mengembalikan kecantikan tubuh badan adalah satu kemestian buat ibu-ibu yang bersalin. Angin yang ada di dalam badan perlu dibuang segera untuk mengelakkan meroyan.

Mandian Sauna Herba Anugerah membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal melalui tindakan haba yang dikenakan semasa anda mandi sauna atau mandi biasa. Ia diperkaya dengan herba-herba tradisional seperti temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kejelitaan wanita yang bersalin. 

Ia juga membantu:

- mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.
- membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.
- melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit.
- dibacakan dengan doa-doa terpilih.
- dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin.


Kandungan Mandian Sauna Herba Anugerah:

• Kisaran herba temulawak - menguatkan sendi-sendi, mengeluarkan angin untuk menjadikan tubuh badan segar dan menurunkan berat badan.
• Mengkudu - mengeluarkan toksin, mengatasi masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada faraj.
• Daun lempoyang - memberikan kesegaran dalaman dan luaran wanita serta membantu mengeluarkan angin.
• Tahi angin


Kandungan : 6 uncang herba


Cara-cara menggunakan Mandian Sauna Herba Anugerah:

Rebus satu uncang herba di dalam air mendidih sehingga mengeluarkan bau herba yang wangi. Kemudian campurkan air mandian herba dengan air biasa semasa hendak mandi. Keringkan uncang yang telah digunakan untuk kegunaan selanjutnya. 1 pek herba boleh digunakan sebanyak 2 kali sahaja.


 MINYAK PILIS ANUGERAH



 Adakah pening dan sakit kepala yang berpanjangan mengganggu anda ketika berpantang?
- Mahu menggunakan pilis untuk membuang angin di kepala?
- Leceh menyediakan pilis yang perlu dicampur air dan perlu dibersihkan selepas digunakan?



Minyak Pilis Anugerah - tiada lagi sakit kepala, kabur mata dan penyediaan yang rumit.

Urat-urat yang kembang perlu dikendurkan selepas bersalin. Sebab itulah wanita yang berpantang akan mengambil pilis untuk melegakan otot, melancarkan peredaran darah dan menghilangkan sakit kepala.

Pilis yang digunakan perlu dicampur dengan air sebelum memakainya. Sekiranya pilis dibiarkan, ia akan kering dan berterabur di atas lantai.

Anda tidak perlu mengalami masalah tersebut dengan Minyak Pilis Anugerah. Minyak Pilis Anugerah dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado, herba-herba semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan anda. Ia mudah digunakan dan mudah meresap ke dalam badan.

Tiada lagi sakit kepala, kabur mata dan angin. Aromanya yang nyaman menyenangkan anda.

Cadangan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk kesihatan, penjagaan diri dan apa-apa hajat yang diingini:

• Surah Al-Fatihah • Surah Al-Baqarah
• Surah Al-Buruj • Surah Al-‘A’raf
• Surah At-Tawbah • Surah Yunus
• Surah An-Nahl • Surah Al-‘Isra’
• Surah Ash-Shu’ara • Surah Fussilat
• Surah Al-‘Ankabut • dan Asmaul Husna

Kandungan Minyak Pilis Anugerah:

• Minyak kayu putih • Serai
• Cengkih • Halia bara
• Lengkuas • Minyak buah pala
• Minyak avokado

Hanya sapukan pada dahi setiap kali selepas mandi. Anda pasti tenang semasa berpantang dengan Minyak Pilis Anugerah.

 MINYAK SELUSUH ANUGERAH

 Semenanjung RM28.00
Sabah/Sarawak RM33.00



Adakah anda menanggung kesakitan yang amat perit ketika melahirkan anak?

- Tidak sanggup kehilangan tenaga yang banyak akibat meneran bayi keluar?

- Fobia dan takut untuk mengandung lagi kerana pengalaman melahirkan anak yang menakutkan?


Hilangkan penderitaan semasa melahirkan anak dengan Minyak Selusuh Anugerah.

Detik-detik kritikal ketika berada di wad bersalin adalah pengalaman yang mengerikan buat ibu-ibu yang yang hendak bersalin. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung untuk melahirkan anak tidak dapat dibayangkan lagi. Kalau boleh, biarlah kesakitan itu sekejap sahaja. Malah ada juga ibu-ibu yang takut untuk mengandung lagi kerana terkenangkan pengalaman yang menakutkan itu.

Kini, ibu-ibu yang ingin bersalin tidak perlu menanggung sengsara itu lagi. Minyak Selusuh Anugerah membantu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu yang hendak bersalin. 

Ia diperkayakan dengan minyak kelapa dara yang mempunyai kandungan asid laurik yang membantu meningkatkan sistem imun ibu. Ia juga meningkatkan metabolisme vitamin dan mineral yang membolehkan ibu kurang rasa penat, migrain dan komplikasi semasa bersalin. Bayi juga bergerak lancar di dalam rahim dan membantu proses kelahiran dengan mudah.

Ia membantu:

• memudahkan ibu bersalin di samping meringankan kesakitan ketika saat-saat bersalin.
• memberikan tenaga segera ketika hendak bersalin.
• dibacakan dengan doa-doa khusus memudahkan bersalin.
• dihasilkan daripada minyak kelapa dara

Kandungan Minyak Selusuh Anugerah:

• Minyak kelapa dara


MINYAK TELON ANUGERAH



Semenanjung RM15.00
Sabah/Sarawak RM20.00


Adakah bayi anda kerap menangis kerana kembung perut, angin pasang dan sawan angin?
- Adakah anda menggunakan minyak angin yang menyebabkan kulit bayi kemerah-merahan kerana minyak itu tidak sesuai dengan kulit bayi dan mengandungi bahan kimia yang banyak?
- Mahukan bayi anda mendapat ketenangan dan keberkatan dari Allah Azza wa Jalla.

Bayi Tidur Lena dengan Minyak Telon Anugerah.

Kerap kali apabila si comel menikmati susu yang diberikan, dia menikmatinya dengan cukup berselera.

Habis sahaja dia minum, dia akan terlena dengan nyenyaknya.

Tapi, ada ketika dia menangis teresak-esak walaupun sudah diberikan susu. Dia menolak susu yang diberikan oleh ibunya. Boleh jadi, bayi itu memuntahkan kembali susu yang diminumnya.

Jika ini terjadi, ia mungkin disebabkan perut bayi telah dimasukkan angin. Bayi akan kerap menangis akibat beberapa simptom yang digelar kembung perut, angin pasang dan sawan angin.

Oleh itu, si ibu perlu menyapukan minyak angin untuk melegakan perut bayi. Namun, tidak semua minyak angin sesuai untuk kulit bayi. Ada minyak angin yang boleh menyebabkan kulit bayi kemerah-merahan kerana minyak itu tidak sesuai dengan kulit bayi dan mengandungi bahan kimia yang banyak.

Minyak Telon Anugerah mengandungi herba-herba tradisional seperti minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut. Ia membantu:

• Menghangatkan tubuh bayi,
• Melembab dan melembutkan kulit bayi.
• Menghindari bayi daripada kesejukan, kembung perut, angin pasang dan sawan angin.

Cadangan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk kesihatan, penjagaan diri dan apa-apa hajat yang diingini:

• Surah Al-Fatihah • Surah Al-Baqarah
• Surah Al-Buruj • Surah Al-‘A’raf
• Surah At-Tawbah • Surah Yunus
• Surah An-Nahl • Surah Al-‘Isra’
• Surah Ash-Shu’ara • Surah Fussilat
• Surah Al-‘Ankabut • dan Asmaul Husna

Kandungan Minyak Telon Anugerah:

• Minyak kayu putih
• Serai
• Lengkuas
• Pudina
• Limau purut

Hanya usapkan minyak pada tubuh bayi ketika perlu terutamanya selepas mandi. Sapukan pada bahagian dada, perut, pinggang, punggung dan juga tapak kaki bayi.

Mudah-mudahan, bayi anda dapat menikmati susu yang diminum dan tidur nyenyak sepanjang malam.


































































1 comments:

yuyuekintsugi.com said...

salam,puan masih jual anugerah ke, ada link shopee atau lazada?