SABUN BADAN HERBA ROSE KOSMO BEAUTY


Sabun Herba  KOSMO BEAUTY


Mempunyai peminat tersendiri sabun herba KOSMO BEAUTY ni. Wangi baunya sampai keluar bilik mandi pun bau bunga rose masih ada.

Sampaikan ada pelanggan yang borong sabun mandi rose ni sebanyak 80 unit. Katanya semua saudara mara pun suka  guna. 

Kalau kawan kawan nak cuba pun boleh. Harga seunit hanya RM 13.90 sahaja tidak termasuk kos penghantaran.

Boleh wassuup kami yer 019-7553176.Insyalah sedikit masa lagi kami akan buka MOBILE BOOTH di Johor. untuk PEMINAT DI JOHOR dan SINGAPORE!


Petikan Ini saya kongsikan ilmu ABE NAZ antara property investor yang saya follow dalam fb. Semoga bermenafaat.

KUASAI TEKNIK PERBANKAN
🔘 Sekiranya anda mahu menjadi seorang pelabur hartanah yang professional, anda mestilah mahir selok-belok teknik meminjam wang dari rakan kongsi terbaik anda yakni pihak bank. Mari kita fahami ilmu ini.

1. SISTEM PEMARKAHAN PERMOHONAN PINJAMAN
🔘 Penilaian markah bergantung pada pekerjaan anda, umur, tahap pelajaran, pendapatan, jenis perniagaan atau industri, dan lain-lain.
🔘 Sistem computer yang dikenali sebagi pusat maklumat akan mengira jumlah markah anda.
🔘 Sebagai contoh, jenis pekerjaan selalunya ada dua kategori
a. Kolar Putih – golongan professional seperti doctor, peguam, jurutera, akauntan, juruterbang, dan sebagainya.
b. Kolar Biru – golongan professional seperti mekanik, pemandu lori, tukang masak, tukang kebun, dan sebagainya.
🔘 Jenis industri juga memainkan peranan yang penting. Contoh-contoh industri ialah
a. Minyak dan Gas
b. Pengangkutan
c. Sektor awam
d. Penerbangan
e. Pertanian
f. Pelombongan
🔘 Sebagai contoh, pekerja sector minyak dan gas mungkin dinilai sebagai berisiko tinggi apabila harga pasaran minyak dunia tidak menentu.
🔘 Sebagai contoh, Puan Azyan (pekerja kolar putih) dan Puan Adlida (kolar biru) memohon pinjaman pada masa yang sama, pada bank yang sama, dan mempunyai pendapatan bersih 4,000 sebulan.
🔘 Namun, bahagian kredit bank itu akan meluluskan nilai pinjaman yang berbeza dimana Puan Azyan mendapat pinjaman 90% daripada nilai harga hartanah itu, manakala Puan Adlida hanya mendapat 80% sahaja.
🔘 Ini adalah kerana pihak bank mempunyai pendirian sekiranya apabila keadaan ekonomi negara merosot dan keyakinan pasaran wang di Malaysia rendah, pekerja berkolar putih akan lagi mapan menghadapi risiko daripada pekerja kolar biru.
🔘 Bank akan membuat statistic dan analisis daripada data-data terdahulu yang telah dibuktikan.

2. CCRIS
🔘 Bank Negara dan kebanyakan bank merekodkan disiplin pembayaran hutang atau ansuran bulanan setiap peminjam di Malaysia.
🔘 Setiap pertengahan bulan, bank akan menghantar rekod ini kepada Bank Negara agar rekod anda boleh dijadikan rujukan pada pihak peminjam lain.
🔘 Apabila pinjaman anda sedang diproses, bank and mengambil tahu CCRIS dan Sistem Pemarkahan Permohon Pinjaman anda.
🔘 Dari sini, akan terhasilnya Gred Risiko, yang akan menentukan berapa tahap pinjaman anda, berapa lamanya tempoh pinjaman anda, dan juga kadar faedah / keuntungan pinjaman anda.
🔘 Sedari 2015, mereka yang engkar dalam membayar hutang PTPTN telah juga direkodkan di dalam CCRIS kelompok demi kelompok.
🔘 Sekiranya terdapat angka 3 dalam CCRIS anda, ini bermakna anda telah gagal membayar ansuran selama tiga bulan berturut-turut. Bank akan terus menendang permohonan anda secara automatis. Jadi jagalah CCRIS bagai menatang minyak yang penuh.
🔘 Di dalam CCRIS tidak dinyatakan jumlah ansuran bulanan anda dan kadar keuntungan bank. Jadi pihak bank adakalanya meneka nilai ansuran itu.
🔘 Contohnya anda meminjam wang dari Bank A untuk kereta anda. Anda sebenarnya membayar 500 Ringgit kerana tempoh pinjaman anda ialah 9 tahun dan kadar keuntungan bank yang rendah. Namun pihak bank tidak akan tahu dan meneka anda hanya meminjam selama 6 tahun dan dan kadar keuntungan yang tinggi.
🔘 Bank membuat kiraan bahawa anda membayar ansuran 800 Ringgit walhal ianya sepatutnya 500 Ringgit! Akhirnya anda tidak dapat melepasi permohonan itu.
🔘 Justeru itu, setiap kali anda memohon pinjaman bank, lampirkan bukti ansuran bulanan anda kepada pihak bank seperti Surat Tawaran Pembiayaan dan sebagainya.
🔘 CCRIS itu agak mendalam. Anda perlu mahir membaca: a. Akaun Pemerhatian Khas (Special Attention Account):-
a. Ada peminjam yang terjerumus dalam isu kewangan dan kecemasan tidak mampu membayar ansuran pinjaman mengikut jadual atau tidak mampu membayaran ansuran minima.
b. Namun mereka tidak mahu dilabelkan sebagai orang yang muflis.
c. Biasanya mereka akan memohon bantuan dari bank lain dan AKPK milik Bank Negara.
d. Biasanya bank akan menyokong penstrukturan semula pinjaman mereka agar mereka mampu melangsaikan hutang.
e. Namun, mereka yang berada di bawah penstrukturan semula ini tidak layak untuk membuat pinjaman dari Bank lagi.
f. Maka ia akan muncul di bahagia Akaun Pemerhatian Khas.
CCRIS Kosong
a. Sekiranya peminjam tidak pernah mempunyai rekod pembayaran pada Bank, pihak Bank tidak dapat menjejaki keboleh upayaan anda membayar balik pinjaman.
b. Maka mereka akan mengalami kesukaran menilai dan meyakinkan pihak atasan bank mereka.
c. Bank akan mengkategorikan peminjam ini sebagai individu yang berisiko tinggi.
d. Sebab itulah selepas menerima ijazah, ada baiknya anda memohon pinjaman pembiayaan ASB agar rekod anda cantik. Pastikan anda memilih bank yang tidak mengenakan penalty sekiranya anda ingin membatalkan kontrak pinjaman.
e. Pinjaman ASB mudah diluluskan dan mudah untuk dibatal. Sekadar untuk menunjukkan anda mempunyai rekod kewangan yang mantap.

3. RATIO HUTANG BERBANDING PENDAPATAN BERSIH ANDA (DEBT SERVING RATIO (DSR));
🔘 Pihak bank akan cuba mengurangkan dan mengawal pemiutang lapuk (NPL – Non performing Loan).
🔘 Mereka mempunyai rumus tersendiri untuk mengira kelayakan seseorang peminjam itu untuk berhutang.
🔘 Rumus itu dikenali sebagai DSR.
DSR = Jumlah Komitmen bulanan / Pendapatan BERSIH bulanan
🔘 Dengan menggunakan rumus ini, pihak bank akan menentukan kelayakan dan jumlah pinjaman anda.
🔘 Setiap bank mempunyai had siling DSR yang berbeza. Bank A mungkin mempunyai Had DSR 60%, Bank B mungkin 70%, dan sebagainya.
🔘 Maka apabila memohon pinjaman bank, tanyalah agent bank itu apakah had siling DSR mereka.
🔘 Sebagai contoh, Andi Suria Jaferi mempunyai gaji bulan kasar sebanyak RM 6,000. Gaji bersih setelah tolak potongan cukai, zakat, dan kwsp ialah 5,025.
🔘 Andi telahpun mempunyai jumlah komitmen untuk pinjaman terdahulu dan yang sedang dipohoni sebanyak RM 3,700. Ini bermakna DSR andi ialah 73.63%.
🔘 Sekiranya Bank A mempunyai had siling DSR 60%, permohonan pinjaman Andi akan ditolah mentah-mentah.
🔘 Namun mungkin Bank B mempuyai had siling DSR 75%. Maka pinjaman Andi boleh diluluskan.

4. CTOS
🔘 CTOS adalah sistem maklumat utama yang digunakan secara meluas oleh majoriti sistem kewangan negara, syarikat perdagangan dan perniagaan, firma undang-undang dan institusi lain.
🔘 Tidak seperti CCRIS yang berada di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), CTOS dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Malaysia, telah berada dalam perniagaan selama 20 tahun, mengumpul maklumat mengenai individu dan syarikat-syarikat daripada pelbagai sumber yang terdapat dalam domain awam.
🔘 Maklumat ini diformatkan ke dalam pangkalan data elektronik yang menyediakan proses untuk memeriksa dengan mudah, cepat dan berkesan untuk permohonan pinjaman, kredit perdagangan dan perniagaan dan untuk membuat keputusan oleh pemberi kredit dan pemberi pinjaman.
🔘 Sumber-sumber maklumat CTOS antara lain termasuklah: Notis undang-undang dalam akhbar a. Carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) b. Warta dan penerbitan kerajaan. c. Carian di Jabatan Insolvensi Malaysia d. Jabatan Pendaftaran Negara e. Carian di pendaftar pertubuhan. f. Maklumat hubungan yang disediakan oleh pemiutang / litigators / penyokong perdagangan g. Maklumat sukarela yang diberikan oleh subjek itu sendiri. h. Hanya pelanggan CTOS boleh mengakses Pengkalan Data Maklumat CTOS.
🔘 Kini anda juga boleh melihat maklumat CCRIS anda didalam CTOS.
🔘 Aplikasi CTOS boleh dimuat turun di telepon pintar anda.
🔘 Sekiranya anda terpalit dengan rekod kurang elok seperti disaman pihak tertentu, walaupun ianya telah anda langsaikan, anda terpaksa menanti tempoh dua tahun untuk pembersihan rekod. Ini ialah saranan dari Bank Negara. Maka jagalah CTOS anda!

5. KEMUFLISAN
🔘 Sekiranya seseorang itu gagal membayar hutang melebihi 30 ribu Ringgi, ia akan disaman muflis.
🔘 Andainya anda muflis, segala asset akan dibekukan dan terpaksa menyerahkan segala harta pada jabatan insolvensi.
🔘 Orang muflis tidak dibenarkan keluar negara, menjadi pengarah syarikat, atau memiliki asset. Sudah pasti bank tidak akan meluluskan permohonan pinjaman anda.

6. SENARAI HITAM
🔘 Di Malaysia, selain CCRIS, bank juga akan mendapatkan maklumat dan laporan dari Agensi Pelapor Kredit seperti RAM Credit Information Sdn Bhd, CTOS Data System Sdn Bhd, Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd, FIS Data Reference Sdn Bhd, dan BASIS Corporation Sdn Bhd.
🔘 Sesetengah pengedar kenderaan sebenarnya menggunakan service diatas untuk memantau dan memberi informasi kepada syarikat-syarikat diatas.
🔘 Sekiranya peminjam hutang gagal membayar ansuran bulanan, agen ini akan melaporkannya kepada Agensi Pelapor Kredit and akan menyenarai hitam.
🔘 Syarikat telekomunikasi juga melakuan perkara yang sama.

7. DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN PINJAMAN BANK
🔘 Anda perlu membuktikan pada bank dari mana datangnya pendapatan bulanan anda.
🔘 Biasanya semua dokumen untuk pelbagai bank hampir sama.
🔘 Biasanya setiap individu akan dikategorikan sebagai makan gaji atau bekerja sendiri/berniaga.

7.1 Dokumen sokongan untuk yang makan gaji:
🔘 Salinan kedua-dua belah kad pengenalan
🔘 Sekiranya bergabung pinjaman dengan pasangan, sijil nikah
🔘 Penyata gaji:-
a. Untuk yang bergaji tetap – 3 bulan penyata gaji diperlukan.
b. Untuk yang mempunyai elaun berubah-ubah seperti pekerja minyak dan gas – 6 bulan penyata gaji (elaun, kerja lebih masa, bonus, dan sebagainya).
🔘 Penyata gaji ini haruslah selari dengan penyata bulanan bank anda. Anda harus menyediakan penyata bank dimana pendapatan anda dimasukkan. Anda boleh menggunakan:
a. Penyata asli bank yang diposkan ke rumah anda
b. Penyata dari internet yang disahkan oleh pegawai perbankan
c. Salinan buku bank anda
d. Atau penyata yang didapati dari cawangan bank anda
🔘 Penyata KWSP haruslah selari dengan potongan gaji anda. Anda boleh menggunakan:
a. Penyata KWSP yang asli yang diposkan ke rumah anda
b. Cetakan dari kiosk KWSP dan cawangan KWSP.
c. Cetakan dari internet yang disahkan pegawai KWSP.
🔘 Borang EA haruslah selari dengan penyata EPF dan gaji tahunan anda. 🔘 Surat Pengesahan Jawatan / Bukti bekerja di syarikat anda
🔘 Laporan Biro Kredit Singapore (Credit Bureau Singapore Report (CBS)) dan Notice of Assessment (NOA) – Untuk Residen Tetap Singapurara dan Pemegang Permit Kerja Singapura PR and Singapore work permit holder)
🔘 Permit kerja yang sah / Permit Khas / Kad Pengenalan (untuk mereka yang bekerja di luar negara.
🔘 Bukti pendapatan lain seperti sewaan. Harus dibuktikan dengan perjanjian sewaan yang telah di matikan setemnya di LHDN. Haruslah selari dengan penyata bank.
🔘 Eloklah anda lampirkan surat tawaran bank untuk hutang-hutang sedia ada. Inia mat penting untuk pengiraan DSR!

7.2 Dokumen sokongan untuk bekerja sendiri / berniaga:
🔘 Salinan kedua-dua belah kad pengenalan
🔘 Sekiranya bergabung pinjaman dengan pasangan, sijil nikah
🔘 Bukti Cukai: Borang B dan e-filing.
🔘 Resit pembayaran cukai atau penyata bank sah bukti pembayaran cukai.
🔘 Bukti pemulangan semula lebihan bayaran cukai berserta penyata bank sah yang terbukti
🔘 Penyata gaji:-
a. Untuk yang berpendapatan tetap – 3 bulan penyata gaji diperlukan.
b. Untuk yang mempunyai pendapatan berubah-ubah – 6 bulan penyata
🔘 Penyata pendapatan ini haruslah selari dengan penyata bulanan bank anda. Anda harus menyediakan penyata bank dimana pendapatan anda dimasukkan. Anda boleh menggunakan:
a. Penyata asli bank yang diposkan ke rumah anda
b. Penyata dari internet yang disahkan oleh pegawai perbankan
c. Salinan buku bank anda h. Atau penyata yang didapati dari cawangan bank anda
🔘 Sekiranya anda mencarum dalam KWDP, sediakanlah Penyata KWSP yang selari dengan potongan gaji anda. Anda boleh menggunakan:
a. Penyata KWSP yang asli yang diposkan ke rumah anda
b. Cetakan dari kiosk KWSP dan cawangan KWSP.
c. Cetakan dari internet yang disahkan pegawai KWSP.
🔘 Penyata bank syarikat, biasanya 6 bulan.
🔘 Bukti percukaian terkini 2 tahun & resit pembayaran.
🔘 Bukti pendaftaran perniagaan. Borang 24 & 49 terkini (pengarah syarikat).
🔘 Penyata untung dan rugi syarikat yang disahkan akauntan bertauliah.
🔘 Gambar lokasi dan premis perniagaan anda (contohnya papan tanda niaga), kad bisnes.
🔘 Bukti pendapatan lain seperti sewaan. Harus dibuktikan dengan perjanjian sewaan yang telah di matikan setemnya di LHDN. Haruslah selari dengan penyata bank.
🔘 Bukti pendapatan lain seperti simpanan dan dividen ASB, Tabung Haji, dan simpanan tetap.
🔘 Eloklah anda lampirkan surat tawaran bank untuk hutang-hutang sedia ada. Inia mat penting untuk pengiraan DSR!

8. FAKTOR PEMAJU, PROJEK, LOKASI, DAN HARTANAH ITU SENDIRI
8.1 Hartanah sedang dibina (undercons)
🔘 Pemaju dan projek juga penting untuk nilaian bank.
🔘 Sebelum projek boleh bermula, pemaju akan memohon ‘bridging loan’ dan pembiayaan akhir dari bank.
🔘 Proses ini biasanya mengambil masa 3 hingga 4 minggu.
🔘 Apabila bank itu meluluskan pinjam akhir, pembeli projek dalam pembinaan hanya boleh memohon pinjaman dari bank-bank ini sahaja (juga dikenali sebagai bank panel).
🔘 Bank akan menilai reputasi pemaju, orang-orang penting dalam pemaju, dan rekod pemaju.
🔘 Sekiranya pemaju pernah disenarai hitam, bank tidak ingin menjadi panel.
🔘 Jumlah bank panel bagi setiap projek menunjukkan kegagahan projek itu.
8.1 Hartanah sudah siap (subsale)
🔘 Bank akan meminta penilai hartanah panel untuk menentukan harga pasaran hartanah itu.
🔘 Sesetengah hartanah mempunyai aura negative dan boleh menjejaskan harga pasarannya seperti:
a. Mengadap persimpangan tiga (untuk residensi sahaja, bisnes bagus untuk lebih senang dilihat).
b. Berdekatan kawasan kumbahan dan rawatan najis, tong sampah, kawasan pelupusan sampah, perkuburan, di bawah kabel elektrik, dan sebagainya.
c. Kawasan sentiasa dilanda banjir dan tanah runtuh.
d. Hartanah yang diubahsuai tanpa kelulusan majlis perbandaran tempatan.
e. Struktur hartanah (dibuat dari kayu atau separa bata sahaja)
f. Pegangan sementara (leasehold) dengan tempoh pajakan kurang dari 40 tahun.
g. Dan factor-faktor lain.
Kredit kepada Jay’el Lord (Pelabur Hartanah Professional).

BERCUTI KE SEMARANG & YOGJAKARTA INDONESIA


Last 2 weeks, baru ada kesempatan beli ticket ke sana..sebelum ni kami plan nak ke Ho Chi Min , Vietnam tapi last minute tukar plan ke Yogjakarta dan Semarang, Indonesia. Ayah pulak teringin nak ke negara Garuda tu..So kami decide kesana..tambahan pula sebab utama adalah kami nak survey perabot kami dengan 2nd supplier ni... Apapun sambil tu berjalan jalan bawa mak dan ayah ..dah lama x bawa makan angin bersama. Itinerary kami simple sahaja kerana kami arrange timing dan lokasi sendiri. 6.55 am @ 1 April 2016 friday Bertolak dari Kl ke Samarang Sesuboh dah bangun...kami park kereta di Salak Tinggi ERL station ..KLIA 2 tu dekat jer dalam 10 minits dari rumah..tapi kami selesa parking di ERL Salak Tinggi..maklumlah dah ambik parking bulanan.


 TIPS: 1.UNTUK WARGA EMAS 60 KEATAS..TAMBANG ERL DISCOUNT 30%.SO IF U ALL BAWA MAK AYAH YANG DAH UMUR WARGA EMAS..JANGAN LUPA TUNJUK IC DARI GUNA TOUNCH N GO!

 2.MAKE SURE 2 HOURS SEBELUM DEPARTURE DAH ADA DI KLIA 2..SEBABNYA BANYAK SEKATAN KENE LALU...HEHE..KALO TAK SOLAT SUBUH X SEMPAT!!!!KEJAR TIMING CHECK IN HUHU...

 3.UNTUK FLIGHT AWAL PAGI..BOOKING BREAKFAST SIAP SIAP MASA BELI TICKET AIR ASIA..SEBAB KORANG MESTI X SEMPAT NAK BUAT BREAKFAST..SO MAKAN ATAS FLIGHT JE YER.

. 4.JANGAN LUPA BELI PIL TAHAN MUNTAH SEBAB ADA ORANG YANG SERING MABUK DAN TAK TAHAN TRAVEL..MAKAN 2 JAM SEBELUM TRAVEL TAU!

 Flight.ke Semarang Indonesia 2 jam 30 minits..ayah kukata macam flight ke Labuan..hehe..sebab.saya pernah bawa mak ayah ke Labuan ..atas urusan kerja dan jejalan sekali..alhamdulillah..selamat sampai 8.30 AM @ 1.4.2016 Selamat sudah sampai di Semarang.tetapi berlaku incident dimana kami telah ditipu oleh tokeh perabut dimana mereka x book hotel kami dan pick up kami di airport..patutlah hati macam berat ada yg x kene sebelum saya fly.. TIPS:Jika anda berurusan dengan Indonesia..berhati hati kerana chances ditipu tu ada.... Anyway...saya masih bersyukur kerana ALLAH bagi saya GERAK hati yang kuat...Orang yang nak berjaya tu bukan senang kankan kan.. Anyway kami terus ke hotel untuk menyejukkan diri dan cancel trip ke JEPARA.huhu..



 Petang tu selepas agak agak sejuk kami sewa supir untuk makan dan bawa berjalan di kota Semarang indonesia. 2 April 2016 @ saturday Lepas breakfast kamiteruskan journey ke Yogjakarta.Semarang ke Yogjakarta melaiu Van adalah selama 4 jam..kami dah booking dan arrange travel servise PAK JATI.

 Supir yang ini boleh dipercayai..nanang. owner travel company adalah PAK jati..phone +6285104919010 wassp+628985101301 Email ganeshabantul@yahoo.com






 Disebabkan kami bawa anak kecil dan warga emas..jadi kami just visit kedai batik...pekan yogjakarta..makan makan.. Antara tempat yang biasa dikunjungi adalah gunung berapi dan candi borobudur..tapi kami x kesanaa..x sesuai untuk kanak.kanak kecil..anyway kami happy..mak ayah happy.dapat melihat kehidupan sebenar warga indonesia..kota yogjakarta dan semarang..

 Info:

1.purata pendapatan penduduk yogjakarta adalah RM400 sebulan

 2.Tiada bill air..bekalan air secara percuma dimana setiap rumah mempunyai sistem bekalan air sendiri.. Best tau..air mata air..x klorin..segar dan sejuj jer..macam nak mandi 1 kolah jer..hehe

 3.walaupun kehidupan mereka susah..kes mencuri amat jarang sekali..letak topi keledar kat motor masing masing pun x yang curi.kalo kat Malaysia ? Letak jer ..datang semula dah hilang???

 4.Penduduk yogjakarta amat senag sekali dengan rakyat Malaysia yang selalu ke sana untuk makan angin..kayolah sedikit income mereka waktu itu... Tengahari ..lunch hour ..memang sedap sekali tempat makan nih okkay! Masakan indonesia yang asli memang sesedap..mak ayah pun cakap sodddap bonar: Nanang jadi waiter kami..maklumlah kalo waiter kat kedai tu kang masalah bahasa..

depan kedai makan yang selesa




 MENU kami yang sedang kelaparan ni:
1.ikan siakap..hhaa yg ni sedap sekali sekali..pasti nak lagi!

2.tempe dan tahu yabg lembut sedap lemak manis yer

3.sayur asem katanya..ia adalah sup sayur siap ada jagung sekali 4.kalo kat malaysia kita panggil rojak..rojak dia yg sedap..ada rasa power. Air pula kami order asing asing..x der air 1 jug hehe Puashaati sungguh tempat makan ni..ada tempat solat yang selesa..toilet yang bersih..mendamaikan..ikan ikan segar dan beesih banyak..macam macam ikan ada dalam kolam..best best suka suka... Herm..panjang dan lebar..sempat lagi keja waktu..



ke perusahaan batik di Jogjakarta




antara makanan di Jogja rasa mcam makan sate


ini sedap dalamnya inti daging..macam tauhu sumbat di malaysia cuma isinya tukar daging


sedap supnya


actually sekarang ni tengah waiting to start seminar hartanah di Nilai..Sales Gallery Sri Pajam... Ilmu hartanah ni saya akan kongsikannyer.. Tunggu saja!!

HOUSE RENOVATION D SIERRA VILLE

Setelah selesai final say dengan  our selected contractor..bermulalah proses renovation.

Tapikan nak share kat sini..buat lesson learnt..selepas ambil surat serah kunci pastikan segala keroskan rumah cepat cepatlah inform developer.ini kerana itu tanggungjawab develepor untuk repair segala kerosakan jika ada.termasuk anai anai.

Ramai yang x puas hati.developer x nak settlekan  masalah anai anai....setelah defect liability period off...lepas tangan jerk..anai anai ambil masa yang lama..bukan 2 tahun jer.biasanya 5 tahun. Hati hati yer bila nak sign S&P tu..tengok betul betul..pastikan clausa dilindungi..almaklumlah lawyer pemaju ni biasanya S&P tu berpihak kepada pemaju.

Kk...nilah hasil progress umah kami setakat 25 mac 2016..jumaat yang barokah ni..




 Ni kami tambah dapur tepi..maklumlah dapur sediaada tu comel sangat


Kerja tiling verandah atas


Pasang aircond kat bilik utama..walaupun sebenonya x tahan sejuk.


Tiling dah siap!


Tiling corner siap


Tiling siap untuk tempat basuh baju dan sidai baju


Structure baru naik utk dapur

Ermm..status ni update live dalam kete on d way ke pasir gudang..lagi sebulan nak balik terus pg dahhhhh!

PANDA COMEL DI ZOO NEGARA SETAPAK KL


Last week weekend kami ke zoo negara...hajat nak sangat tengok panda yang sangat comel tu..first time katakan...

Memang comel..geram sangat macam nak timang timang jer..anak beruang panda tu..montel yer!

Majority visitor tusemua nk tengok panda...daya penarik zoo negara..

Jika nak dibandingkan dgn zoo melaka..sya rasa zoo melaka lg besar cuma lebih puas di zoo negara ni. Satu kandang ada 3 binatang..dan active jer ..cth spesis harimau ada 4 jenis..setiap jenis satu kandang..1 kandang 3 ekor..jadi kami lebih dekat tengok pak belang tu...

Pak belang bintang pun ado! Next entry kami akan share video yg kami sempatlah snap..

Tapikan..entry cost ke zoo negara agak mahal..maklumlah..nak bayar maintenance..healthy foodsss  ...veteriner...driver..rumh panda yg beraircond tuh...patutlah harga pun cam gitu

Untuk kami 2 dewasa dan iris age 6 years...FEES RM 130 termasuk fee tengok panda yang comel tuhhhh....Plus beli souvenir topi..air..corn..etc all Iin RM200.

Adults fee about RM55 inclusive panda entrance

Perut dah lapo.tengari sudah.kami singgahke melawati..nak launch..makanan indonesia..agak sedap..bawa budak kecik..so cari tempt aircond yg x crowded ..

Then our next trip..my favourite place. Shah alam.dok belajar 2 tahun kt sini sambung degree...suka sangat suasana shah alam..

Antara lokasi yg digemari ketika 10 tahun lepas adalah PKNS shah alam..huhu..masa student x duit..mampu tengok jerk!

K..dah panjang celoteh...

Anyway..for our business:
1.nak cari homestay pasir gudang
2.kosmo beauty and spa
3.set bersalin Tanamera
4.takaful advisor or financial planning


Contact us at 0197553176..

Our IG:KOSMOBEAUTYANDSPA






Ibu panda dgn ank yg comel


I
iris bertopikan panda
morning glory breakfast di concorde shah alam...sebelum ke pasar tani stadium melawati
Bebudak kan suka kalo stay kat hotel..dicium cium nya ibunya..



Favourite dish nasi lomak


Tiyah dah lotih..tunggu ayah pick up kat lobby


Panda tgh main main

KEDAI LAMPU DAN KIPAS MURAH DI PUCHONG @ HOUSE OF LIGHTING

Kunjungan ke 5...last week ..memang kat sini lokasi shopping barang rumah...lebih murah dari kedai lain...mcam macam ado! Sediakan duit jerk yerk.

Ramai assistant..confirm u datang jer..terus ada asisstant yang datang melayan...macam pasar borong kat sini  tempat kedai ni sentiaasa penuh walaupun hari biasa.

last kami pegi last year hanya 2 lot kedai..kini dah dibesarkan jadi 5 lot kedai...haaa gitu selesa..cuma  xselesa x tempat duduk menunggu..maklumlah bawa anak bini..mesti penatkan..menunggu!

kami ni nak beli downlight..sebab decide nak buat satu rumah..dengan nak beli lampu pagar...juling mata sikt masuk kedai ni..heehehehh oh wanita...

SILALAH DATANG KE KEDAI NI YER...confirm puashati harga berbaloi...economy merudumkan...

Alamatnya adalah:

HOUSE OF LIGHTING....
Address: 35&36,, Jalan Bpu 6, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor, MalaysiaPhone:+60 3-5882 3790



sedang mengintai lampu pagar


pilihan lampu pagar


pilihan lampu landscape...


bb dgn tyiyyah...survey lampu pagar


i like this!....design mana satu yer nak letak untuk landscape?


water heater kene beli...next trip yer...huhu..x cukup duit bawa..
perset about RM500++ beserta dengan shower yer...nak beli 3 set..bilik maid x yah  bg water heater..hehe

SHOPPING MATERIAL RUMAH BARU D BMS PASIR GUDANG

Rasa macam dah lama x update blogku ini..2016 yang macam macam planning yg perlu diteruskan dengan cabaran dan lembaran baru.

Sibuk dengan urusan kerja..renovation rumah..dan financial planning 2016.mana satu nak cerita ni...??

Lagi 2 bulan akan melalui fasa baru...freelance..housewife...financial adviser...& investor..ohhh....apakah itu????

Ramai yang excited dan pening kepala yer dgn renovation rumah.sebenarnya u all boleh minimisekan renovation cost tapi dgn syarat u all willing to take part @involve and do some cost analysis.tapi kali ni rumah yg kami nk renovate x sempat nk involve sgt sebab masih di sepang.so..kami beli floor tiles..kipas..lampu jer..lain contractor buat...

Seperti rumah lama ..D IRIS HOMESTAY..kami beli barang semya..just byr upah jer..jimat sesangat! U can minimise the cost tau! Lagi lagi dgn kenaikan harga barang 2x ..fuh!

Lets check it out what we bought last week for our house and recomnended place..BMS PASIR GUDANG...located at just tepi highway jerk! Gedung shopping material binaan di johor bahru.




No 1 dari bawah untuk verandah floor tiles...harga murah saja RM2.00 /pcs


yang diidamkan dapur konsep temporary..traditional dalam hutan..yerlahtu..
No 4 dari bawah...design batang pokok floor tilesnya..RM 6.50/PC


Ini pulk untuk outdoor wall stone ..agak mahal RM 11/ft..huh..dah naik 2x ganda...hold dulu


Yg ni ok..untuk wall tiles kolam dan air terjun ...mampu milik..


tyiyyaah dah penat..tp suka berjalan


Yang ni concept samma mcm dlm hutan..untuk outdoor landscape..pemijak kaki.. RM 12.50 /pc


Ni untuk air terjun kolam ikan..konon nya ala ala bali..EM 180/ pc
Ni beli kat kedai wall stone sebelah giant plentog...depan proton

Apapun....baru permulaan..3 bulan siap..insyalah..end APRIL dah siap.tapikan..sempat tak..yg penting dalam umh kene siapkan..baru luar rumah.
Sangkar abang uning..kakak citam..cocang..dah boleh design ni....
Buat sendiri..beli barang sendiri..design sendiri..puashati....

Huh...manyaknyrrrr kejeeeee......

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 2016

Bermula episod baru dalam hidup kami..FULL TIME BUSINESS...to be financial warrior? anyway..nak rest dulu 1 month...bolehker? dah biasa BUSY...



Kami akan buat roadshow sekitar Johor dan take part any other festival@booth




 Menambah bilangan homestay dan rumah sewa di sekitar Johor dan mula 'invest' dalam properties


Shop lot sierra perdana masai...not yet decide nak sewakan atau nak guna sendiri???? KENE BUAT analysis NI..




Meneruskan legacy from PART TIME to FULL TIME TAKAFUL PLANNER