RESIPI ROTI GEBUS

RESIPI  SWEET BUN
Atas permintaan kawan kawan..meh saya kongsikan bersama ilmu yang saya dapat..

Nak buat roti ni ada bahan asas dan bahan sampingan.
Bahan Asas adalah:
  1. Tepung...guna high protein
  2. Yis
  3. aIR..guna cold water yer!
  4. Gula
  5. Garam
  6. Malt...kadar pencernaan tinggi
  7. Lemak...guna butter roti lagi lembut tau!
Bahan sampingan pulak:
  1. susu tepung
  2. conditioners
  3. vitral gluten  help doh jd cantik
  4. emulsifiers...i.e bread softener, telur
  5. oxidising agent...tolonng proses tepung jadi naik
  6. gum....texture cantik kalo guna low protein flour
  7. preservetaive nilah bahan pengawet..semakain tinggi kandungan, semakain roti tahan lama..tapi saya buat roti saya x letak penawet! bahaya
  8. enzyms
Resipi tradisi roti manis

1000g tepung protein tinggi
100g marjerin
400g air
2 biji telor
15g yis
 15g garam
50g susu
20g bread improver
10g emulsifier
20g penstabil


TETAPI....

kat kedai yg saya belajar ni campuran tepung dah siap...so x payah buat tradisional punyer..

300g HOM-miX BUN
700 tepung protein tinggi
40g marjerin/butter
10g yis
400g air

dah siap boleh suruh mixer uli sampai doh jadi licin yer! selama 2 minits

Caranyer:
  • Masukkan semua bahan kering dan putar dgn kelajuan sederhana.
  • Masukkan bahan basah dan putar lagi dengan kelajuan sederhana selama 6 minit atau kelajuan perlahan selama 15 minit.Pastikan gluten terbentuk diimana doh x putus bila ditarik
  • Bentukkan roti mengikut adunan
  • Biarkan doh naik selama 90 minutes dan biarkan 2x ganda
  • Bakar pada suhu 180'c -200'c untuk 20 minutes.

Note:Kat kedai ada proofer iaitu oven untuk naikkan doh cepat..kalo kat umah, basahkan kain dan tutup pakai kain basah..atau renjis kain dgn air bash selalu..elakkan doh kering

dari doh ini anda semua boleh buat pelbagai  recipi..antaranyer...seperti yang saya kongsikan pic dalam class roti sebelum ini...kene kreative  menghias tau!

SELAMAT MENCUBA...BERSAMA SAMA









0 comments:

CLASS ROTI

CLASS ROTI AT SALAK INDAH SEPANG

Best dan seronok gi class roti hari ni..exclusive class..sebab yang lain x jadi datg, so sorang jerlah yang belajar...hehe..rezeki...

Rupa rupanyer senang jer buat roti ni kalo tau cara caranyer...tenaga pengajar yang dah 20 years involve dalam foods..so..banyak immu yang dipelajari..yang best muslim...so...dapat tau  apa bahan yang selalunyer haram letak dalam roti tapi pengusaha roti non muslim banyak letak dalam roti tu seperti pengawet...lemak babi...  sebab tulah roti tahan lama...compare roti yang x letak pengawet, tahan 5 hari sahaja..tapi roti biuat apa simpan lelama betuk tak?

Nilah hasilnyer ...rotiku ini...ish lepas ni boleh lah meroti ...dah boleh survey mixer yang 3 kg, oven 2 tray  and proofer...


sebelum bakar



sebelum gulung..letak choclat chip



dah pintal masukkan dalam bekas bagi naik cantik



ni pulak..rambut cocang..hehe



ni pulak  buat doh yang cantik..gunting jer tepinyer


ni buat loaf...sedap dan lembut


dah pintal tu buat bulatan pulak

cantikkan...potong dan pintal



ni senag jer...gulung dan potong


loaf dah siap! dengan campuran walnut...berkhasiat!


roti burger pun buat juga!


roti favourite...hotdog



loaf sebelum bakar



dah siap!



parutan cheese , yummmmy



dah boleh bakar!

saya  student hari ini!




gebu dan cantik!



pintal jgn x pintal!


inilah hasil meroti today





nak resepi? boleh jer...nanti akan dikongsi sebab dah penat  today  ....

0 comments:

JALAN JALAN CARI BAKERY BANGI

Hari ni jalan jalan cari kedai peralatan kelengkapan membuat kek dan biskut...hasil  pencarian rupa rupanyer ada 3 kedai dalam 1 kawasan yang sama kat Bangi seksyen 9 ni...Bakery Yen, Makcik bakery dan yummies bakery.Tapi x sempat nak g yummies... sempat tengok jer..




Mula mula tu jumpa bakery YEN.. agak tersusun barangnyer  dan lebih murah dari kedai MAKCIK...dan crowded di kedai MAKCIK...sajer jer nak singgah  walau dah borong kat bakery YEN...beli juga cheese dgn parut cheese ..nak buat cheese leleh... harga yang 2kg kat kat kedai MAKCIK tu RM 66.00 ...untuk business boleh beli yg besar... taapi yang baru nak belajo macam saya ni beli yang kecil sudah cukup...
tepung choc moist kat sini murah 1kg RM 9.80..aritu beli kat Pasaray ZEEMART 250g JER RM 4.50





Apa yang diborong?
minat untuk peralatan membuat kek, so exploralah kaat sini...ambik idea..kang g class  kek x derlah buntu jer...rupa rupanyer nak buat kek tu senag jer..sebab peralatan dah ader...macam mcam jenis acuan...nombor...kartun, bola...decoration kek...beli lah apa lagi...yang agak agak berkenan...next month explore kat yummies plak...



Hajat ke  Bangi sebenarnyer nak g FAREEDA ...tapi orang beratur...so..lalu jerlah ...sorry nak singgah...
2 tahun lepas x der macam tu..pegi jer...x org pun.. pakcik  inform hari biasa pun org beratur nak masuk..
5 TAHUN LEPAS saya call FAREEDA DIRECT, NAK JADI AUTHORIZE DEALER...tapi x pegi sana pun... sekarang ni pulak nak jadi authorize dealer?hehhe....

0 comments:

TAKAFUL VS INSURANS KONVENSIONAL

TAKAFUL VS INSURANCE CONVENSIONAL

Masih ramai tertanyer tanyer dan keliru antara insurance dan takaful...

Mari saya jelaskan perbezaan antara takaful dan insurance. Perbezaananyer adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan.Urusniaga takaful hanyer dibenarkan untuk melabur dana  yang diterima daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan SYARIAH. Dalam penjaminan pula, yang menjamin peserta peserta takaful adalah peserta takaful itu sendiri dimana segala bayaran tuntutan yang dikeluarkan daripada tabung yang terkumpul, syarikat takaful hanya sebagai pengusaha tabung wang peserta takaful.

Yang berbeza dengan syarikat convensional adalah syarikat itu sendiri yang menjamin peserta insurans.

TAKAFUL


  1. Pematuhan hukum syarak. 
  2. Kontrak urusniaga berdasarkan akad tabarru, mudharabah dan wakalah.
  3. Pengendali takaful adalah pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta. 
  4. Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabarru.
  5. Bebas dari riba, gharar, dan maisir
  6. Ada majlis pengawasan syariah
  7. Keuntungan akan dikongsi di antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada mudharabah atau yuran prestasi pelaburan.
 
INSURANCE CONVENSIONAL
  1. Tidak mematuhi hukum syarak
  2. Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad jual beli.
  3. Syarikat insurance merupakan pemilik tabung dan menjadi penjamin kepada peserta.
  4. Syarikat menjamin peserta berdasarkan kepada faktor komersial
  5. Banyak unsur riba, gharar dan maisir.
  6. Tiada majlis pengawasan syariah
  7. Keuntungan diagih mengikut keputusan syarikat.

Definisi
Tabarru' : menderma atau memberi hakmilik secara percuma.Dalam operasi takaful, peserta mestilah berniat ikhlas menyumbang  (tabarru ) sebahagian tertentu dari sumbangan atau caruman bagi membantu peserta lain.

Mudharabah: kontrak perkongsian yang mana modal daripada satu pihak dan usaha daripada pihak yang lain. Mudharabah merupakan salah satu kontrak  yang digunapakai dalam takafful yang melibatkan pengudaha dan pemodal.

Gharar: Terdapat 3 jenis gharar (ketidakpastian)...gharar fahisy- banyak, yasir - sedikit dan mutawassit - sederhana. Sesuatu akad itu hendaklah jelas tentang sesuatu perkara yang diakadkan.

Maisir: Mendapat sesuatu dengan cara mudah/judi. atau mendapat keuntungan tanpa mengusahakannya.

Riba: pertambahan atau menambahkan.Tabari, riba yang biasa berjalan sewaktu zaman jahilliah. Islam mengharamkan peminjaman wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan demi melindungi kepentingan golongan yang kurang kemampuan.

Kepada sapa yang nak tahu detail... bolehlah wassup saya...polisi anda dgn lebih detail wassup/call: 0197553176/hasma
Sumber: Asas Takaful/Islamic Bankingand Finance Institute Malaysia



0 comments:

FACTORY FURNITURE VISIT

VISIT TO FACTORY

Dugaan... last week dah beli tiket nak melawat ke kilang perabot rotan, classic, teak dan segalanyer.......melawat semua kilang sebelum D' Rataan  & Wood Gallery officially launching..sambil melawat sambil melancong ...dah deal dengan marketing kat sana for booking hotel etc.

BB kata pulak date , 8 & 9 tu trip memancing laut dalam...heeee..gerammnyer,...tiket dah booking 6,7,8 & 9 March 2014...x cakap pulak masa nak booking tiket...

Tertunda dan end march or mid march lah baru boleh pegi...lambatlah sikit nak launching D' Rataan  & Wood Gallery .......

0 comments:

BAKERY CLASS

BAKERY CLASS

Ahad ni, 9 Feb 2014 g class bakery..belajar buat roti..x sabar nak belajar..sedapnyer makan roti panas buatan sendiri..teruja gitu..ada 7 recipes...yang bestnyer class tu dah daftar 2 org ...so senang nak beri tumpuan...dari class yang ramai orang...dekat pulak dengan umah sepang...lagi best... pelajar setialah nampaknyer kat sini...pasni belajar buat pizza pulak..Tapi dalam banyak banyak kek yang saya survey, ada orang buat kek setakat nak jual dan untuk pendapatan sampingan, ada yang kreatif buat kek dan menjadikan sebagai business part time, ada tu pulak jual kek ala kadar,tapi yang saya minat  dan berkenan dengan kakak ni yang buat business kek..dan kek dia memag kreatif, menarik, sedap..dan elegance...haaa...ni yang nak kene belajar ni...kedai dia kat klang dan memng nak gi belajar...memang sesuai untuk buat business...JOM MARI BELAJAR BUAT KEK DAN ROTI!

Zaman sekarang 2020 ni kenelah multiskill...hahhaa..satu lagi bidang baru yang nak explore.The bakers Club...Dunia Kucing dah joined, Jom join pulak dunia bakers...buat kek dan roti...Iris, BB suka makan kek, kuning pulak suka makan cheese...sitam dengan cocang ambik bau jer...x selera tekak diorang...ikan rebus favourite mereka..

Kegilaan melanda nak buat kek dan roti.. dah start survey mixer dan oven...untuk permulaan ini..pakai yang kecil dulu untuk practicekan ilmu yang dipelajari...kang bila danh terror baru beli yang besar unutk business pulak..HA  business?  business suka suka....Apapun. nanti akan saya kongsikan hasilnyer hari ahad ni yer.!


Photo: Acid Musa cntik tak kek ni



0 comments: